Saturday, 17 November 2012
ULASAN GAME NORWICH vs MAN UTD...by Rjuna.
Lagi yg saya tidak faham mengapa SAF membuat pertukaran dgn mengeluarkan Valencia dan Chicarito..Bagi saya bila SAF membuat keputusan untuk menyerang dari sayap, dia memerlukan pemain yg bagus dgn tandukan dan mereka berdua (Valencia/Chicarito) perlu di kekalkan, jika SAF mahu membuat pertukaran biar Giggs dan Young saja yg di gantikan..
Di sini saya nampak percaturan game ini tidak menjadi langsung..Malah sejak awal2 lagi bila saya lihat senarai nama yg ada Giggs dan Young saya sudah mula hidu sesuatu..
Giggs memang bagus tapi dulu dan zaman nya sudah berakhir..Untuk game di mana team seperti Norwich yg mengamalkan game kick n run ini Giggs dan Young tidak sesuai kerana game begini perlu banyak stamina dan pertembungan fizikal..
Saya bukan nya komen bila kalah kerana saya juga berkata hal yg sama bila kita menang tipis last minit dgn Aston Villa..Saya telah berkata kita tidak boleh berterusan mengharapkan keajaiban dan comeback kerana hujan tidak turun setiap hari..saya sentiasa membuat ramalan berdasarkan pada teori dan fakta..Jika begini corak game dan cara pemilihan pemain maka sukar untuk kita menjadi juara kerana kita gagal mengutip mata mudah bila berdepan lawan mudah dan sengaja mencari jalan sukar bila ada jalan mudah..
Saya tidak pasti apakah SAF terlalu yakin dgn game ini dan mengambil sikap lewa dgn menurunkan barisan begini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment