Wednesday, 21 November 2012

BILA KELAB IBARAT PATUNG PERMAINAN.....by Rjuna.







      Berita mengejutkan yang tidak mengejutkan hari ini adalah pemecatan Di Matteo dari menjadi pengurus Chelsea..
Untuk pengetahuan anda semua Di Matteo adalah pengurus ke 7 di bawah rejim kuku besi Abromovich yang di pecat..Agak nya Abromovich ini mungkin berketurunan Tzar atau Rasputin yang terkenal dgn sifat pemerintahan dan kejam mereka di Russia dulu.

Secara peribadi saya kagum pada Di Matteo kerana Chelsea banyak meningkat di bawah pengurusan nya yg tiba-tiba muncul sebagai penyelamat ketika Chelsea sedang mulai panik di bawah Andre Villa Boas dulu.Dan di bawah Matteo, Chelsea mula meningkat dgn memenangi perlawanan demi perlawanan, menjadi Juara Eropah dan juga membuat Torres mula score goal..
Tetapi Matteo tidak pernah menjadi orang pilihan sebenar Abromovich sebenar nya.Ini kerana walaupun Matteo memberikan Chelsea Piala Eropah ,Abromovich masih mencari pengurus lain dan seperti kegilaan nya dia cuma berkenan pada nama2 besar saja.Cuma bila masa semakin suntuk,ramai pengurus menolak dan atas desakan peminat maka dengan tebal muka dan malu alah maka Abromovich terpaksa juga mengambil Di Matteo.
Sejak itu kerusi panas yg di duduki nya sudah mula tidak selamat dan mula menikam daging punggungnnya setiap kali Chelsea tewas atau seri..
Jika di lihat pada nama2 yg menjadi pengurus Chelsea kebanyakan nya bukan calang2 dan mempunyai rekod yg baik tetapi di bawah kegilaan Abromovich ,Chelsea mesti menang selalu dan ini lah syarat gila kalau mahu mengurus di Stamford Bridge..Munkin Chelsea patut di bubarkan dan bertanding di Liga Papua New Gunea, Bhutan atau lain-lain negara di mana mereka boleh menang semua game dan menyapu bersih semua cup yang ada..
Sebenar nya sejak Guardiola mengumumkan bahawa dia mahu menjadi pengurus semula khabar angin mengenai Di matteo telah pun timbul.Si gila Abromovic ini mempunyai 1 sikap iaitu dia mahu bolot sesuatu supaya orang lain tidak dapat seperti mana dia mencuri Obi Mikel,Hazzard,Torres dll di depan mata kelab lain dan tidak hairan dia turut melatah dgn berita Guardiola yg berkata mahu mencuba nasib di England..Mungkin kerana bimbang dgn berita yang mengaitkan Guardiola dgn Man Utd dan Man City maka Abromovich bertindak menendang terus Di Matteo secepat mungkin supaya dia dapat mulakan rundingan dgn pengurus lain pula..

Adakah perbuatan begini akan membawa pada kemajuan Chelsea ? Apakah ini bermakna bahawa Chelsea ini kelab yg ada wawasan dan perancangan masa depan ? Apakah kelab ini tahu mengenai pengorbanan dan perjuangan ?
Bukan pengurus saja malah ramai pegawai2 juga turut di pecat dan angkat kaki kerana sikap Abromovich yg gemar campur tangan dan menunjuk apa yg perlu pengurus buat.Sejak dulu lagi memang ada khabar angin bahawa Chelsea ini di tentukan oleh beberapa epmain senior dan pemilik nya dan bukan pengurus.Fans Chelsea pun tahu tetapi sengaja pura-pura tidak tahu sebenarnya.
Kini yang jelas bahawa Chelsea sebenar nya Glory Hunters dan rekod serta bukti banyak yg memihak pada fakta ini..
Man Utd juga pernah kemarau piala bersama Sir Alex selama 4 tahun pertama beliau mengurus kelab dulu.Malah Man Utd juga mengakhiri musim lepas tanpa sebarang piala tetapi kami tidak mendesak pengurus di pecat kerana kami tahu kejayaan bukan nya akan datang bergolek seperti mana memasak mi maggi yang segera di masak untuk cepat di makan..
Kami naik,jatuh dan naik semula bersama jutaan peminat yg percaya bahawa kejayaan mesti datang dari perjuangan dan perancangan tetapi bukan di beli dengan wang..
Kasihan Di Matteo...anda cuma ibarat anak patung Teddy Bear permainan orang kaya anda akan di sanjung semasa gebu dan enak di peluk tetapi sebaik saja si kaya melihat patung lain yang baru maka anda akan di tinggalkan begitu saja dan begitu lah nasib semua pengurus yang akan datang di Chelsea..

*Harap Tony Fernandez mengguna kesempatan ini untuk segera mengambil Di Matteo..

No comments:

Post a Comment