Dulu dikenali sebagai Curling Cup sebelum menukar nama kepada Capital One. |
Keputusan di akhir perlawanan
Chelsea 5 Man Utd 4..
Sebenar nya kita sudah boleh menang game ini pada minit ke 90 andai ref tidak bemurah hati dan melanjutkan masa tambahan kerana offside dari Hernandez..
Secara keseluruhan tidak ada apa yang perlu kita malu dengan kekalahan ini kerana beberapa sebab..
1.Chelsea lebih terdesak untuk menjaga maruah mereka yang hampir di cabul oleh barisan muda Man Utd.
2.Dari senarai pemain yang turun untuk game ini Chelsea menurunkan 7 pemain utama nya yg bermain dalam game ahad lepas iaitu Petr Chezh, David Luiz, Cahill, Ramirez, Juan Mata, Oscar dan Hazzard..Manakala Man Utd cuma menurunkan Rafael saja.
3.Chelsea bermain di tempat dan dihadapan penyokong sendiri.
4.Game ini adalah pendedahan terbaik untuk pemain-pemain muda kita.
5.Chelsea memerlukan 2 penalti dan beberapa keputusan meragukan dari linesman unutk menang.Walaupun begitu kita tidak akan meminta FIFA siasat pengadil seperti mereka.
Berdasarkan sebab-sebab diatas dan ini cuma 1 game kelas dua bagi saya tidak ada apa2 yang perlu di sedihkan.Pemain2 muda kita menunjukkan mutu permainan yg baik sehingga mereka mula hilang fokus walau telah mendahului Chelsea sebanyak 3 kali..
Saya berpendapat yang Man Utd juga melakukan beberapa kesilapan dalam game ini walau saya puas hati secara keseluruhan nya..Kesalahan pada pandangan saya adalah...
1.Pertukaran posisi antara Rafael yang di switch dari bek kanan ke kiri dan Fletcher dari midfield ke bek kiri selepas Buttner di keluarkan di mana ini menjadi titik punca pada keruntuhan pertahanan kerana Fletcher yang sebelum itu bermain di posisi defensive midfielder adalah kunci utama bagi membayangi 2 pertahanan tengah kita yg masih muda
2.Kekurangan pengalaman untuk menangani tekanan di mana pasangan bek tengah Keane dan Wotton mudah melakukan kesilapan lebih2 lagi Wotton yang memberikan penati dan tandukan lemah yang di sambar oleh Stturidge.
3.Sir Alex seharusnya perlu menurunkan 1 senior samada Evans atau Ferdinand untuk berganding dgn 1 pemain bek muda.
Ryan Giggs dan Rafael adalah antara pemain yang bermain baik bagi saya..Giggs membuat pemain muda lain patut rasa malu kerana keupayaan Giggs berlari serata penjuru sedangkan ada pemain yang lebih muda gemar bersantai dan menunggu bola.Rafael hampir perfect dan jarang melakukan kesalahan malah akibat kelam kabut gandingan Keane dan Wootton, Rafael pulak yang terpaksa masuk menjadi pertahanan tengah sekali sekala.
Andai fans Chelsea dan haters mahu berpesta sekali pun mereka tidak ada apa2 alasan untuk bergembira selain menang tipis dengan mengguna 7 tenaga utama keatas barisan muda Man Utd (atau campuran team akademi dan simpanan) di mana Chelsea perlukan tempat sendiri untuk melakukan nya..Bagi saya saya bangga dengan kekalahan anak-anak muda ini yang membuat Chelsea memerlukan masa tambahan dan rasa panik dengan memasukkan pemain utama mereka...
Dan ini adalah kekalahan bermaruah dan pemain kita boleh berjalan keluar dari Stamford Bridge dengan mendabik dada..Pada fans Man Utd yang berkata bahawa kemenangan Man Utd 3-2 keatas Chelsea pada ahad lepas adalah KEMENANGAN YANG TIDAK BERMARUAH, saya harap anda gembira dengan kemenangan pasukan angkat anda awal pagi ini dan jika anda memilih untuk menjadi The Blues maka Man Utd tidak akan terasa apa2 atas kehilangan anda yg cuma 1 dalam 200 juta fans yg anda..Selamat berhijrah !
#by Rjuna.
No comments:
Post a Comment